Perhatian

Segala tulisan dalam blog ni bukan admin yang punya. Admin hanya kutip je tulisan2 ni dari otai-otai emas kot yang dirasakan berguna untuk rujukan admin sahaja. Kalau sesiapa yang nak refer nota2 dalam ni...silakan jer, tapi kalau ada apa2 tak paham jgn tanya admin...admin pon nubis kubis jgk. :)

Sunday, August 31, 2014

Teknik kumpul emas


Rm terus lemah berbanding Usd. Usd sudah mencapai 3.14. Malaysia akan Demam Kura Kura. Maksudnya Rm yg kita ada sudah makin kurang kuasa belinya.
Den cadangkan kita keluar le dari kepompong kesusahan. Asal minggu ketiga aje duit gaji dah habis. Takan nak hidup selamanya macam tu.

Kenapa kita tidak cuba cara lain untuk mengubah taraf hidup kita ?
Dapat gaji aje bulan ni, beli la emas walaupun cincin 916, 1 gm dan dah boleh dapat below Rm 185 siap termasuk upah. Ingat beli emas dulu bila dapat gaji. Janganle beli kat kedai, mahal beb siap kena bayar duit upah lagi.

Lepas tu try le hidup dengan baki sesudah beli cincin 1-2 gm. Kalau tak lepas juga. Pajakan. Biasanya kalau 1 gm , memang downgrade ke 21 atau 20 kecuali di Yapeim.
Jika jatuh ke 21 maka boleh le 55%. Namun jika tidak jatuh jangan sekali kali amik penuh , amik 50% sahaja. ( Arrahnu biasa kasi rate 65% ). Gunalah duit tu untuk tampung belanja.

Bulan depan pun beli lagi sebentuk cincin. Tak lepas juga minggu ketiga, masuk pula kat Arrahnu. Buat seperti diatas.

Biasanya utk bulan bulan berikut kita sudah boleh mengawal belanja. Tetapi Den tetap sarankan cincin tadi di arrahnukan mengikut kadar diatas sampai bulan ke lima.

So selepas bulan keenam anda kena tebus, kalau tak nanti kena lelong. Namun sebab anda tidak amik maximum maka Den cadangkan tak yah tunggu selepas bulan ke enam tetapi bulan yg ke enam itu kita mulakan operasi menebus.

Bulan ke enam still beli cincin emas, masukan dalam arrahnu, dan naikan 5% dari yg kita minta sebelumnya. Dapat duit tu, tebus cincin di bulan pertama. Bulan ke tujuh pajak lagi satu dan maintain kenaikan seperti bulan ke enam. Tebus cincin bulan kedua.
Begitulah seterusnya.

Kebaikan kaedah berkala ini ialah anda tidak akan tercekik. Anda menggunakan duit arrahnu itu sendiri buat menebus gadaian anda sebelum ini. Kelebihan lain, anda boleh aje menjual cincin cincin tersebut pada harga yang anda rasa selesa.

Cincin yang sudah di tebus itu boleh aje dijual atau di masukan balik dalam arrahnu dan maintain % pinjaman yg sama. Maka di bulan keenam hingga 11 anda sudah ada 2 bentuk cincin sebulan. Bukankah kekayaan anda sudah bertambah. Menyimpan dalam ASB sudah lapuk dan untung sikit bahkan kena tunggu penuh setahun baru dapat 8%.

Den terpaksa turunkan ilmu menyimpan di Arrahnu kaedah berkala ini agar sama sama dapat membantu umat Islam pemilikan 1 kg emas seisi keluarga. Den dapati ada trainer emas mengajar ilmu yg tak praktikal bahkan dia sendiri tak buat dgn kadar bayaran ratusan ringgit sebulan.

Memangle berbeza premium cincin 1 gm dgn 2 gm dan keatas. Antaranya upah membuat di masukan sekali.

Contoh rege cincin sebentuk hari ini termasuk upah.

Cincin 1 gm rege dalam Rm 185
Cincin 2 gm rege dalam Rm 155 x 2 = Rm 310 ( Harga Sinar Gold - jangan tak percaya ! )

So pilihlah ikut kemampuan. Kurangkan merokok pasti anda dapat tambah gm emas anda. Kosongkan ASB dan Tabung Haji anda atau simpan di tahap minima sahaja. Kekayaan sebenar ialah dalam berat emas yg anda miliki !
 

No comments:

Post a Comment