Perhatian

Segala tulisan dalam blog ni bukan admin yang punya. Admin hanya kutip je tulisan2 ni dari otai-otai emas kot yang dirasakan berguna untuk rujukan admin sahaja. Kalau sesiapa yang nak refer nota2 dalam ni...silakan jer, tapi kalau ada apa2 tak paham jgn tanya admin...admin pon nubis kubis jgk. :)

Wednesday, August 27, 2014

Minda Emas Jutawan # V : Kuasa Leverage


Semasa Den mula membeli Hartatanah buat pertama kali semasa bulan June 2013 harga Pondok 4 tingkat ini yg ada lift dan kolam renang persendirian , anggapan Den bila beli Cash terus bayar lump sump.

Harga Rm 4 juta. Rupanya hanya bayar booking fee Rm 10,000 dan sebulan kemudian bayar Rm 400k untuk SPA. Den di brief oleh lawyer akan struktur pembayaran mengikut schedule 3. Bayaran adalah dalam 30 bulan.

Apabila Den tahu Den hanya perlu bayar ikut progress sahaja maka Rm 4 juta tu Den terus beli 31 kg Emas 916. Den menggunakan kuasa Leverage. Den pajak semua pada kadar 141 x 31,000 x 0.7 = Rm 3.06 juta.

Den beli lagi emas dan Den pajak serta ulang proses sehingga step 6.

Jika Den guna Bank..ia akan memakan masa dan banyak dokumen yang di perlukan sebagai support. Lebih lebih lagi pondok bernilai Rm 4 juta. So Den beralih kepada Arrahnu.

Pada progress claim untuk 45 % ini Den bayar lagi 400 k . So Den dah bayar sejumlah Rm 1.8 j.

Setiap kali Den dapat progress claim. Den akan gunakan Sejumlah Wang tersebut untuk beli Emas dan Pajak serta Multiply. Kita di beri 21 hari untuk membayar dari notis claim. Den sempat multiply 3 x.

Menggunakan kuasa leverage Den telah berjaya membayar pondok ini dan Den masih ada lagi modal Rm 4 juta dan tambahan hasil multiply.

Value pondok di Residense 33 Type A tu sudah cecah Rm 4.7 juta. Dengan perlaksanaan GST lagi le tinggi Valuenya..Pada GST at 6 % pun dah Rm 5 j pada Value sekarang. So dengan Leverage Den dapat 2 kenaikan Modal dan Stok Emas.

Dari modal ini barulah Den mengorak langkah membeli 172 unit hartatanah yang lain. Den hanya perlu jaga ratio 1 : 6 sahaja.

Exit Plan : Andaikata Den jemu, Den just jual pada harga yg sama pun takpa sebab dengan duit tersebut Den boleh beli emas lagi serta multiply. Stok Emas Den akan bertambah...

Ia seolah olah Tendang sana Tendang sini aje...

Anda boleh cuba kaedah Den pada Hartatanah di tempat anda yang bernilai 100k kebawah dahulu.


https://www.facebook.com/TokBelagak123/photos/a.276406655854323.1073741834.198501723644817/281501715344817/?type=1&theater

No comments:

Post a Comment