Bisnes Emas - Dapat Untung Bulanan RM10k
====================================
Malam-malam buta pun ada orang tanya tentang pelaburan emas.
Beli emas 300gram, kemudian jual semula secara ansuran. Dapat untung terus dari belian semula.
Saya cakap, mengikut fatwa JUMHUR / majoriti ulama mutaakhir ini, jual beli emas jongkong secara ansuran adalah HARAM.
Samaada kita menjual atau membeli secara ansuran, ia adalah riba yang haram.
Tapi yang mempromotnya adalah ustaz? Kerana katanya...
Duit fiat bukan barangan ribawi
======================
Kenapa dia kata begitu? Kerana duit fiat tidak lagi disandarkan kepada emas. Ia tidak ada nilai sebenar.
Jika itu jawabnya, maka bunga hasil simpanan di bank konvensional
bukanlah riba. Ia halal. Kan? Akad adalah atas kontrak simpan. Bunga
bank konvensional boleh jadi hibah. Hadiah dari bank.
Maka buat apa sibuk-sibuk nak ada akaun simpanan Islamik?
Duit fiat adalah matawang, dan sekalipun matawang tidak bersandarkan
kepada emas atau perak, ia tetap diperlakukan sebagai barangan ribawi,
hatta jika kulit lembu dijadikan matawang sekalipun.
Baik.
Kita ambil pendapat yang katakan duit fiat bukanlah barangan ribawi, maka ia boleh digunakan untuk beli emas secara ansuran.
Wujud pula isu bai' inah (jual kepada seseorang dan beli semula dari
orang yang sama dengan segera). Tiga mazhab selain mazhab Shafi'i
mengharamkan. Dan imam Shafi'i sendiri meletakkan syarat yang ketat.
Iaitu penjual tidak boleh meletakkan syarat supaya pembeli menjual
semula kepadanya.
Dan satu isu lagi, kontrak-kontrak main emas
ini, adakah ia kontrak jual-beli atau kontrak pelaburan? Apa istilah
yang promoternya gunakan?
Kesimpulan
=========
Jangan pening-peninglah. Pelaburan emas sebegini tidak lain hanya mengkayakan promoternya, mengkayapkan end 'investor'nya.
https://www.facebook.com/benlatif/posts/10204110977472845
No comments:
Post a Comment