Perhatian

Segala tulisan dalam blog ni bukan admin yang punya. Admin hanya kutip je tulisan2 ni dari otai-otai emas kot yang dirasakan berguna untuk rujukan admin sahaja. Kalau sesiapa yang nak refer nota2 dalam ni...silakan jer, tapi kalau ada apa2 tak paham jgn tanya admin...admin pon nubis kubis jgk. :)

Saturday, August 9, 2014

Cara Mudah Menjadi Pengendali Program Kaedah Ansuran.

Cara Mudah Menjadi Pengendali Program Kaedah Ansuran.

Kaedah belian secara ansuran akhir-akhir ini nampaknya semakin hot. Ada juga yang menganggap ianya money game. Bila ditanya bagaimana syarikat boleh beli dengan harga tinggi dan menjana keuntungan, ramai yang tak dapat jawab termasuklah para agen/wakalah/kuda perang dan lain2 yang sewaktu dengannya.

Jadi biarlah saya terangkan secara ringkas bagaimana flow kaedah ini dijalankan agar segala kekusutan anda hilang. Insya' Allah lepas saya ajar cara-caranya anda juga boleh menjadi pengendali program seperti yang lain, malah mungkin lebih baik dan power.

Syarat Utama :
1- Stok Penimbal
Tujuan utama stok penimbal adalah sebagai back up. Pastikan anda mengambil order tidak lebih dari stok penimbal yang anda ada.

2- Ratio.
Sila jaga ratio anda.
Ratio yang paling selamat adalah 1:1:1
Contoh 》1000g di arrahnu : Cash bernilai 1000g di tangan : 1000g emas di tangan. Anda juga boleh mengubah ratio ini mengikut kesesuian anda.

Syarat tambahan :
Stok emas di dalam ETA
Stok emas di Tempahan Berbuyback

Katakan harga tawaran pembelian 100g Pamp Suisse secara ansuran adalah setinggi RM22,000 dengan cash back sebanyak RM10,000 dan bayaran ansuran sebanyak RM1000 selama 12 bulan.

Berikut adalah cara yang paling mudah.

1 - Sebaik sahaja emas tiba di tangan anda, pajak emas tersebut di arrahnu dan gunakan duit pajakan tersebut untuk membayar cash back sebanyak RM10,000. Andaikata nilai marhun RM155/g dan nilai pinjaman 70%, anda masih ada lebihan cash sebanyak rm800 selepas membayar cash back.

Jadi di sini anda dah jana profit sebanyak rm800 bagi setiap 100g. Jika 10,000g maka anda sudah untung RM80,000.

Lebihan cash anda perolehi ini wajib anda gunakan untuk menambah stok penimbal emas anda.

2- Emas di dalam arrahnu anda perlu niagakan untuk menjana profit dan membayar ansuran pelanggan.

Anda boleh menjualnya dengan pelbagai cara. Salah satunya dengan cara ETA. Anda juga boleh menjualnya as ready stock jika anda telah order stock penimbal secara ETA.

Perbezaan nilai marhun dengan nilai pajakan yang tinggi membolehkan anda menjana profit sekurang-kurangnya RM20/g bagi setiap cycle.

Ini bermakna bagi setiap 100g anda memperolehi keuntungan sebanyak RM2000. Anda hanya perlu peruntukan RM1000 sahaja untuk membayar ansuran pelanggan.

Sekiranya berlaku kenaikan harga anda boleh overlap untuk mendapat instant cash untuk menambah keuntungan.

Akhir kalam, cara yang saya tunjukkan ini hanyalah 1% dari beribu teknik yang ada. Jika anda bijak mengatur strategi dan mengolah serta pandai memanipulasi keadaan profit keuntungan boleh menjangkau sehingga dua atau empat kali ganda.

Allahu A'alam

No comments:

Post a Comment