Apabila kita nak daftar syarikat sdn bhd, bukan sahaja kos penubuhan
syarikat perlu diambil kira, tetapi juga KOS PENYELENGGARAAN SYARIKAT:
1. Yuran bulanan setiausaha syarikat
- menyimpan dan mengemaskini buku2 berdaftar dan fail syarikat.
2. Yuran tahunan setiausaha syarikat
-Menyediakan dokumen Mesyuarat Agung tahunan dan
menyerahsimpan penyata tahunan.
3. Yuran penyediaan akaun pengurusan syarikat
- Menyediakan akaun pengurusan tahunan untuk diaudit.
4. Yuran juruaudit
-Menyediakan laporan beraudit untuk dikemukakan ke ssm.
5. Yuran ejen percukaian
-Membuka fail, mengira cukai dan menghantar penyata percukaian
tahunan.
Kos yang terlibat di atas boleh diminimumkan dengan menyediakan akaun
sendiri dan menguruskan hal SSM dan LHDN sendiri. Yuran juruaudit boleh
carik 4-5 orang auditor minta quotation bila akaun dah siap sbb jadual
yuran juruaudit adalah berdasarkan jualan atau nilai aset syarikat
(boleh juga kalau nak bagi anggaran).
Nak cakap anggaran kos semua tuh susah… boleh bincang belakang dengan setiausaha syarikat masing2.
Sila ambil perhatian yea.... Jangan kemudian hari cakap banyak hidden cost....
Perlukah daftar syarikat sdn bhd?
Buat keputusan ikut perancangan perniagaan masing2. Boleh juga buat kira2 sikit BENEFIT vs COST untuk buat keputusan tuh.
No comments:
Post a Comment