Assalamualaikum wb..
HUKUM BELI EMAS SECARA BERTANGGUH..
Aku tak sangka soalan ini muncul kembali...Nampak sangat korang tak buat study habis lagi.... Hukum tak boleh bertangguh adalah atas barang ribawi....
Contoh.. kalau beli emas dengan emas, memang tak boleh bertangguh... haram..
Sekarang ni korang beli emas dengan apa?.. wang kertas kan...Sebelum 1971, US dollar diikat dengan emas... dan ringgit malaysia disandarkan kepada us dollar... maka diwaktu itu, wang kertas dikira sebagai emas juga... ini jelas, tiada perpecahan pendapat bahawa membeli emas dengan wang kertas, tak boleh bertangguh...
Selepas 1971, Amerika telah memutuskan ikatan dan sandaran matawang mereka dengan emas, dan serta merta dollar diapungkan... semua matawang juga diapungkan... maka berlakulah aktiviti jual beli wang.... forex...
Maka apabila ini berlaku, ulama berpecah kepada 2 pendapat... ada yang kata, wang masih lagi barang ribawi, ada yang kata bukan lagi barang ribawi atas alasan, wang tidak lagi disandarkan dengan emas dan nilainya adalah "ciptaan " manusia...
So... pilihlah mana nak ikut... kalau korang kata wang kertas benda ribawi, maka haramlah kau membeli emas secara bertangguh dengan wang kertas... Kalau kau kata bukan ribawi, maka haruslah korang membeli emas secara bertangguh...
Kalau lah wang kertas itu barang ribawi dan nilainya setara emas, kenapa harga emas berubah-ubah?... kalau berubah-ubah, haramlah jugak hukumnya.... pikir ler sikit... sebab, bila membuat pembelian atau pertukaran ribawi (emas) dengan ribawi (emas), kadarnya mesti tetap dan tidak boleh berubah...
So, Aku mengambil pendapat bahawa wang kertas bukan barang ribawi... maka jual beli bertangguh menggunakan wang kertas tidak haram... silalah rujuk dengan pakcik google yang banyak tu....
Lagi satu... di zaman dahulu, emas dianggap wang... tapi sekarang emas dianggap sebagai bahan mentah barang kemas dan produk-produk electronic... mufti kelantan pun kata dinar bukan wang tapi aksesori... menderrr...
Dari segi practicality, kalau kau tempah barang kemas, boleh ker dapat on-the-spot?... Apa lagi kalau kau tempah 10-100 kilo... ader ker kilang yang boleh buat on-the-spot?... Aku rasa ulamak yang alim akan buat kajian mendalam... sebab dalam fekah, hukum boleh berubah-ubah.... tidak seperti akidah, ianya tetap... asas hukum fekah adalah harus dalam mahzab Shafie... hukum berubah atas sebab kemaslahatan umat juga...
Gi ler rujuk ulamak "on-field"... jangan tanya ostad dalam ofis yea...
Wasallam...
NUKILAN : ABDUL RAHMAN BIN AUF (ARBA)
No comments:
Post a Comment