Perhatian

Segala tulisan dalam blog ni bukan admin yang punya. Admin hanya kutip je tulisan2 ni dari otai-otai emas kot yang dirasakan berguna untuk rujukan admin sahaja. Kalau sesiapa yang nak refer nota2 dalam ni...silakan jer, tapi kalau ada apa2 tak paham jgn tanya admin...admin pon nubis kubis jgk. :)

Tuesday, May 5, 2015

Menjatuhkan modal emas kepada RM0

Assalamualaikum W.T.B
Sendikit sharing berkenaan EMAS.

Bagaimana kah yang dmaksudkan dengan menjatuhkan modal emas ada kepada RM 0 dan setiap kali jual 100% profit? Wow...
 

Ilustrasi seperti di bawah:
Markonah telah membeli 50g emas dengan harga RM 135/g.
Modal: RM 6750
Berat. : 50g


Makanya markonah telah mengadaikan 50g td pada marhum 143/g dan mengambil pinjaman sebanyak 70%. Jumlah Pinjaman: RM 5005

Maka dengan Jumlah pinjaman td dijadikan modal tuk membeli emas baru dengan harga yg sama RM135/g dan dapat membeli sebanyak 37g.
Konsep asas trading, beli murah, jual mahal..
Maka markonah pun menjual la brg tersebut dengan harga 140/g tuk mendapatkan profit RM5/g.
Profit : RM5 x 37 = RM 185.

Oleh sebab emas yg digadai boleh dtebus paling lama setelah 6 bln, maka kiter cuba utilize masa yg di berikan.
Berbalik pada citer markonah, untuk memudahkan kiraan, beberapa andaian akan dibuat.

Jumlah transaksi Jual-Beli sebulan: 4 kali
Profit tuk skali jualan: RM185
6 bln x 4 : 24 kali transaksi jual-beli.
24 x RM185: RM4,440.

Setelah enam bulan anda mempunyai:-
1- Modal dari pinjaman : RM 5005
2- Profit Jualan : RM 4,440

Untuk menebus brg dlm arrahnu.
RM 5,005 + Upah (andaian RM 100)

** setelah menebus
Anda ada:-
1- 50g Emas
2- RM4,340

*** Jadi berapakah nilaian Emas anda setelah 6 bln?
(modal awal - kentungan hasil jualan guna pinjaman.)
= RM 6,750 - RM 4,340
= RM 2410

Harga per gram?
RM 2,410 / 50g
= RM 48.2/g .

Terjezut Markonah!!!
Biar betul ni.. Beli 135/g.. Setelah enam bulan jd 48.2/g jew?? Klu la jualan lebih dr 24 kali @ profit ambik lebih dr RM5 ..
Ye ke ni???

Renung2kn dan selamat beramal...
Bukan senang nak senang, dok susoh pun nok susoh.

No comments:

Post a Comment