Perhatian

Segala tulisan dalam blog ni bukan admin yang punya. Admin hanya kutip je tulisan2 ni dari otai-otai emas kot yang dirasakan berguna untuk rujukan admin sahaja. Kalau sesiapa yang nak refer nota2 dalam ni...silakan jer, tapi kalau ada apa2 tak paham jgn tanya admin...admin pon nubis kubis jgk. :)

Saturday, November 29, 2014

ETA: untung atau rugi?

ETA: untung atau rugi?
ETA adalah salah satu teknik yang sering disebut-sebut dapat memberi keuntungan kepada peniaga emas. ramai peniaga emas sebenarnya terkandas kerana kekurangan modal untuk menyimpan emas dan menjual pada skala besar, contohnya tidak banyak kedai emas dapat menjual lebih 1 kilo emas sehari, biasanya pada skalar besar 1-5 kilo sehari ini dilakukan oleh supplier & kilang emas dengan margin untung yang rendah, samada RM0.50/gram ataupun RM1/gram.
Dengan menggunakan ETA, peniaga emas dapat meminjam wang dari pembeli untuk tempoh masa tertentu bagi transaksi singkat samada harian atau mingguan dan pada masa yang sama memberi peluang kepada pembeli membeli emas pada harga jauh lebih murah.
Bagaimana proses membekal emas berlaku? peniaga emas biasanya mempunyai order dari pelanggan untuk dihantar, samada untuk tempahan harian kilo-kilo sehari atau untuk supply kepada kumpulan tertentu, biasanya pembekal emas berdaftar dengan MKS untuk mendapat harga murah dan kemudiannya menjual kedalam pasaran,
Bagaimanapun pada keadaan sekarang, pamp suisse boleh diperolehi dengan mudah dari tangan individu di fb pada harga lebih rendah.
Banyak program jual beli emas sekarang memerlukan pamp suisse, maka agent/sub-agent program memerlukan emas untuk urusniaga mereka, kekurangan masa agent-subagent untuk mencari emas yang murah menyebabkan mereka lebih berharap pada pembekal yang boleh memenuhi permintaan pelanggan,
Jadi disini banyak pihak yang tidak berlatarbelakangkan emas terlibat untuk membekal, dengan modal kurang, peniaga emas baru ini membuka kaedah ETA untuk menggunakan modal pembeli untuk menjana keuntungan transaksi harian dan pada masa yang sama memberi sedikit keuntungan kepada pembeli.
Simulasi Sebenar ETA : Ismail ingin membuat ETA 7 hari dengan 1 kilogram emas
(1) Ismail mempunyai modal RM150,000 untuk diniagakan dalam jual beli emas, langkah pertama Ismail perlu membeli emas dahulu. Jadi Ismail menghubungi Syarikat Hargaemas untuk membeli pada harga termurah contohnya RM130.00/gram, jadi jumlah semua sekali RM130,00.00 digunakan untuk membeli gold bar 100g pamp suisse x 10 keping
(2) Langkah kedua, ismail memajakkan emasnya didalam arrahnu dan mendapat pinjaman 70% sebanyak RM10,000 untuk setiap keping emas (rujukan harga Ar-rahnu 999 RM145/g, www.goldprice.my), jadi jumlah pinjaman yang diterima Ismail adalah RM100,000 untuk 10 keping emas pamp suisse
(3) Ismail membuka ETA tujuh pada harga RM125/g, maka ramai pembeli berminat dan membayarnya kedalam akaun Ismail Enterprise, jadi jumlah wang yang ada pada tangan ismail sekarang adalah RM245,000.00
Wang tunai belum digunakan : RM20,000
Wang Pinjaman dari Arrahnu: RM100,000
Wang diterima dari peserta ETA :RM125,000
(4) Untuk membuat keuntungan, Ismail menggunakan cash yang ada ditangannya untuk urusniaga jual beli emas yang cepat dalam masa 7 hari, Ismail mencari pamp-pamp suisse yang murah di forum-forum emas dan menjualnya dengan segera, dengan modal sebanyak RM245,000, Ismail dapat membeli maksimum 1.8kilo emas untuk setiap transaksi
(5) Katakan Ismail cuma mengambil untung RM1/g sahaja untuk setiap transaksi dan sehari cuma sempat urusniaga 1.8kilo sahaja emas, jadi Ismail berjaya untung RM1800.00 sehari, jika 2 kali pusingan RM3600, atau 3 kali pusingan RM5400.00 untung dalam masa sehari
(6) Katakan dalam tempoh 7 hari itu Ismail berjaya melakukan transaksi 1.8kilo setiap hari, maka jumlah keuntungan diperolehi Ismail adalah RM1800 x 7kali bersamaan RM12,600.00 untung.
(7) Sampai masa 7 hari iaitu hari untuk pemulangan order ETA7 yang diterima, ismail mengeluarkan pamp dari arrahnu berjumlah RM100,000 + RM1080 (upah simpan) dan kemudiannya menyerahkan semua pamp tersebut kepada pembeli-pembeli yang menempahnya. Jom kira berapa keuntungan Ismail.
Jumlah wang Ismail pada hari terakhir urusniaga RM245,000 + RM12,600 = RM257,600
Jumlah wang dikeluarkan untuk menebus kembali emas dalam Ar-Rahnu RM101,080
Selepas serahan ETA7, jumlah wang Ismail menjadi RM156,520.00
Maka keuntungan bersih Ismail adalah RM6,520.00 dalam masa seminggu dengan hanya 1 pusingan transaksi dalam masa sehari (minimum)
Jika simulasi diatas diaplikasi kepada ETA14, ETA21 & ETA30, keuntungan adalah seperti berikut
Pemalar: (1) Pinjaman Arrahnu RM100,000 (2) Wang belum digunakan RM20,000 (3) Tebus barang dari Arrahnu RM101,080 (4) Untung transaksi harian RM1800/hari
ETA14 Wang diterima RM120,000.00 (RM120/gram) / Untung transaksi RM25,200
Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM265,200.00, maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM164,120 (untung RM14,120)
ETA21 Wang diterima RM115,000 (RM115/g) / Untung transaksi = RM37,800.00
Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM272,800, maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM171,720 (untung RM21,720)
ETA30 Wang diterima RM105,00 (RM105/g) / Untung transaksi = RM54,000
Pada hari terakhir, Ismail mempunyai modal RM279,000, maka jumlah bersih wang Ismail adalah RM177,920 (untung RM27,920.00)
Bagaimanapun urusniaga diatas hanya boleh berlaku jika:-
Pengelola ETA mempunyai pesanan harian untuk pembekalan emas secara berterusan
Pengelola mempunyai rangkaian luas di group. fb, whatsapp untuk mendapat bekal yang cukup pada harga yang sesuai ingin membuat ETA 7 hari dengan 1 kilogram emas . .

Saturday, November 15, 2014

TIPS & SKILL HALUS AHAD

TIPS & SKILL HALUS AHAD
-----------------------
1) Skill pembiak emas (Displin Menyimpan)
Ada Modal RM3000
- Beli BK 916 10g - 128/g = RM 1280
- Modal 3000 - 1280 = RM1720
- Rahnukan BK 10g dapat RM 845(rate Exhange Jumaat lepas 130.37/g 916)
- Modal RM1720 + RM847 = RM2567
- Beli CH 10 RM2500
- Baki RM67 (Gi la masuk tabung or sedekah)
- Setiap 10 hari dapat RM90-150
- Kumpul Sampai 10 Cycle (Katalah average RM90 X 10 = RM900)
- Guna Duit simpan 10 cycle RM900 gi tebus barang kat rahnu + upah = RM867 (Anggaran upah RM20 - aku fail bab kira upah.apa sangat ngan upah)
- So RM900 - RM867 = Baki RM33 (Gi Belanja family pizza Dominos)
- Dalam Tempoh 2 bulan setengah dah ada 10g BK 916
- Next ada lagi 14 cycle (Average RM90 X 14 = RM1260)
- Dah siap 14 cycle dapat Modal semula RM3000
- Total RM3000 + RM1260 + 10g BK 916
- At least ada aset & ada duit.. dah siap 2 kotak.. Pusing lagi siap kan 2 kotak lagi. Nie aku cakap jerk.. Sebab orang citer pasal skill 4 kotak je skrg nie n dulu pun ada dah. Mana aku tau kotak2 nie.
- Next step belajar menjual & ulang benda sama..

2) Skill PAMP Terbengkalai
----------------------------
- Ada pamp tak pandai nak jual
- Suruh pajak malas / pajak dah tak terima.
- Meh bagi aku tolong jualkan dengan upahnya beli CH10 X 2
- Balance aku pulang (Nak beli ETA 14 kecik pun boleh)
- Lau laku lah.. Tak laku aku pulang balik. Tinggal ada bran ke takder bran jer.
------------------------------
- Sikit?? Dah lah modal kecik tak kan nak bagi kereta pulak.. pikir lah sendiri.
- Lambat?? nak cepat kaya ajer. kang tersontot meroyan tak berenti. Maki sana sini non stop. Aku pun join pogram jugak. Tapi guna lah otak untuk minimize risk. Skill join SC minima modal boleh buat per. Risiko tanggung sendiri la..
- Dulu jual BK untung berapa jerk tetap alhamdulillah. takder nak compounding2 nie. Jadi ini peluang bagi pemula.. Belajarlah membeli , merahnu dan menjual. Tak leh rahnu pamp, tukar modal jadi BK, Bk Jadi duit, duit jadi gold bar, Gold Bar jadi duit semula. Ko pusing la sampai mabuk.
** Key untuk semua ini adalah sabar, terus belajar & cuba lah menjual. Asik nak untung jerk.. Baik ko tabur duit tu atas lobang jamban. tunggu masa untuk flush. kan lagi cepat gitu.
*&*& AKhir sekali - Maafkan saya atas salah dan silap.Kalau salah kira anda tolong betulkan yer. "Mana mungkin selimut tetangga, hangat ditubuhku dalam kedinginan..."
--Besok citer lain pulak...

 https://www.facebook.com/photo.php?fbid=870342299664219&set=gm.728692927204939&type=1